Episodios

  • Lawatan Latihan Ke Melbourne Mendorong Team Bola Jaring Johor Sasar Pingat Emas
    Jul 10 2025
    Pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dalam lawatan latihan ke Melbourne baru-baru ini bertujuan meninjau kemudahan serta latihan yang disediakan untuk team Australia, dianggap antara pasukan netball terbaik di dunia. Antara program lawatan latihan ini, pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dan memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. Presiden Persatuan Bola Jaring Johor, YB Alwiyah Talib, memberitahu SBS Bahasa Melayu bahawa pasukan negeri Johor sememangnya bernasib baik kerana sukan ini menerima sokongan dan bantuan padu daripada Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor dan Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, Yang Amat Mulia Che' Puan Khaleeda Johor. Ikuti perbualan YB Alwiyah bersama Zaini Ahmad.
    Más Menos
    14 m
  • Warga Malaysia Ubati Rindu Tradisi Tanahair Anjurkan Pasar Malam Di Melbourne
    Jun 27 2025
    Siapa yang tak suka pasar malam? Ianya sinonim dengan Malaysia dan bagi mereka yang merantau ke luar negara, aktiviti mengunjung pasar malam sememangnya dirindui. Kini di Melbourne, tiga warga Melayu bersemangat keusahawanan berjaya menganjurkan sebuah pasar malam hujung minggu di Noble Park, lebih kurang 30 kilometer di selatan Melbourne. Zaini Ahmad mengunjungi pasar malam, The Colours of Light Winter Night Market, dan ianya tidak mengecewakan.
    Más Menos
    8 m
  • Pemakanan Golongan Migran Kurang Sihat Punca Kencing Manis dan Sakit Jantung
    Jun 23 2025
    Pemakanan kurang sihat adalah punca utama peningkatan penyakit, termasuk kencing manis dan sakit jantung di kalangan golongan migran. Kini, Yayasan Nourish Nation menganjurkan pelbagai program bertujuan mendidik golongan pendatang tentang kepentingan menukar diet demi menjaga kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nourish Nation, Dr Raju Adhikari, memberitahu Zaini Ahmad, tekanan penghijrahan adalah antara punca pemakanan yang kurang sihat di kalangan pendatang baru ke Australia.
    Más Menos
    13 m
  • Menyambut Seruan Ilahi - Penutup
    Jun 18 2025
    Kini, lebih 1.6 juta jemaah telah pun berangkat pulang ke tanahair masing-masing setelah mengerjakan ibadah Haji mereka di Tanah Suci Mekah. Antaranya, seorang warga Melayu Australia yang telah berkongsi pengalaman beliau dari mula sehinggalah ke penghujung perjalanan beliau mengerjakan rukun Islam yang kelima. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan rakan beliau yang kini layak digelar, Haji Juanda Ismail.
    Más Menos
    19 m
  • #88 Celebrating an anniversary (Med) - #88 Menyambut Ulang Tahun (Med)
    Jun 16 2025
    Learn how to congratulate someone on their work or wedding anniversary. - Pelajari bagaimana untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang atas pencapaian tugasan atau sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
    Más Menos
    17 m
  • Who are the Stolen Generations? - Siapakah Mangsa Kekejaman 'The Stolen Generation'
    Jun 15 2025
    Australia has a dark chapter of history that many are still learning about. Following European settlement, Aboriginal and Torres Strait Islander children were removed from their families and forced into non-Indigenous society. The trauma and abuse they experienced left deep scars, and the pain still echoes through the generations. But communities are creating positive change. Today these people are recognised as survivors of the Stolen Generations. - Australia mempunyai sejarah hitam yang ramai di kalangan warganya masih lagi kurang mengetahui, apatah lagi memahami. Selepas kedatangan orang Eropah, kanak-kanak kaum Aborigine dan Orang Kepulauan Selat Torres dipisah secara paksa dan dirampas dari pangkuan keluarga untuk ditempatkan dengan keluarga kulit putih. Trauma dan keperitan akibat tindakan kejam ini masih lagi dirasai dan diharungi oleh masyarakat orang asli negara ini. Mangsa yang dipisah secara kejam ini digelar 'The Stolen Generation'.
    Más Menos
    17 m
  • Menyambut Seruan Ilahi pt.3
    Jun 5 2025
    Lebih sejuta umat Islam kini berkumpul di Arafah, antaranya seorang warga Australia berbangsa Melayu, Juanda Ismail. Sebelum tiba di Mina, apakah yang perlu dilakukan setiap jemaah yang berpeluang menyambut seruan Ilahi menunaikan ibadah haji tahun ini? Ikuti bahagian ketiga perjalanan Juanda di Tanah Suci yang disampaikan kepada Zaini Ahmad di SBS Bahasa Melayu.
    Más Menos
    8 m
  • Menyahut Seruan Ilahi pt.2
    Jun 2 2025
    Dalam bahagian pertama perjalanan ibadah Haji beliau di Tanah Suci, Juanda Ismail sempat berbual dengan SBS Bahasa Melayu menceritakan pengelaman beliau menziarahi salah satu tempat paling suci bagi umat Islam sedunia.
    Más Menos
    12 m